Wednesday, October 27, 2010

Cara Teguran Dalam Islam..

Bismillahirahmaniarrahim...



Terpanggil dalam menyampaikan sesuatu..terpanggil untuk berkongsi sesuatu..padahal dah lebarkan sayap sebentar tadi dengan post "Mana Kaca Mana Permata"..tapi terpanggil untuk berkongsi sesuatu....

Semakin lama semakin rancak perkara ini berlaku di mata saya...Adakah kita sudah mengambil ikhtibar dalam perkara tersebut? Wahai sahabat ku, kite renungkan..bagi sesiapa yang tidak rasa bersalah, jangan rasa kesal dengan kejadian tersebut, tetapi jadikan dia sebagai satu pengajaran...(mengingatkan diri sendiri...kerana diri sendiri juga tak terurus)......tetapi masih lagi ada suara sumbang yang cuba memecah belahkan keadaan..pihak pengurusan pun sudah sedar akan kelemahan tersebut....saya "respect" mereka yang berani menyatakan kesalahan..kerana mereka sedar akan kesilapan tersebut....bagaimana dengan kita?

Saya cuba untuk berhati-hati dalam penulisan tajuk entry kali ini...berhati-hati agar tidak membabitkan perasaan orang lain tetapi memberi satu input dan perkongsian bersama agar kita sama-sama perbaiki kelemahan tersebut.....Seperti lari daripada tajuk pulak...sahabat...sebagai mana yang saya sudah perkatakan sebelum ini, manusia itu semakin lama semakin sensitif....sama ada isu besar mahupun isu kecil....jadi, bagaimana kita hendak melakukan teguran terhadap manusia pada masa kini.....

Melihat daripada pemasalahan yang melanda kini, terdapat beberapa teguran telah dijalankan...daripada yang terlibat dan daripada yang tidak terlibat..masing-masing cuba untuk ingat-mengingati antara satu sama lain...sifat ini sangat digalakkan dalam Islam..kerana kita boleh tahu kemanakah sebenarnya kita. Sifat mengingati ini juga dapat membantu kita untuk lebih berhati-hati...

Menjurus kes tersebut, teguran daripada mereka yang lebih berumur..senang kata pangkat mak dan ayah kita menjadikan kita lebih peka akan situasi tersebut...mereka ini makan perencah asam garam kehidupan dulu daripada kita...teguran mereka memperlihatkan adakah kita mempunyai sifat hormat-menghormati terhadap mereka yang lebih berumur?emm...sedarlah saya bahawa dunia yang semakin canggih memperlihatkan sifat hormat-menghormati semakin kurang... Dimana letaknya sifat sebegitu dalam diri kita? emm..fikir-fikirkan....

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,

‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Teguran daripada sahabat juga menjadikan hubungan itu lebih kuat dan kukuh. Benarkah? Kes ini berlarutan gara-gara daripada sang sahabat yang melihatkan situasi itu perlu diperbetulkan...Saya juga turut"respect" sahabat itu yang berani tegur tetapi teguran sahabat itu perlu diperbetulkan..Adakah sahabat itu menegur untuk mencari populariti semata-mata? Hanya individu tersebut yang tahu keadaannya....

Berbalik kepada topik yang asal, melihat persepsi teguran dalam Islam sebenarnya sangat mudah dan tidak akan menimbulkan sentiviti hati manusia itu sendiri. Islam menggariskan faktor-faktor yang perlu diperlihat dalam melaksanakan teguran. Antaranya ialah tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua mencari waktu yang tepat dan ketiga memahami kedudukan orang yang ditegur. Jika kita benar-benar ingin teguran tersebut berjaya, perlihatkan semua keadaan, tetapi jika sekadar suka-suka, saya nasihatkan, tak payahlah menegur..buang tenaga je nak menegur...

Dalam Islam, teguran itu perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya tiada perbalahan berlaku. Tetapi teguran masa kini boleh menyebabkan perbalahan. Betulkah? Apa sudah jadi?..Kita menegur bukan sahaja untuk meengetahui dimana kelemahan kita malah perkongsian sesuatu turut di terjemahkan dalam teguran. Konsep Islam ini semakin lupa dan semakin hilang dek kerana ego manusia....

Teguran juga harus dilakukan secara berhemah..bukan dengan menghentam orang..itu bukan menegur namanya... itu macam nak cari nahas je..silap hari bulan, boleh berbalah...elakkanlah....huhuhu..jangan kerana setitik nila, rosak susu sebelanga...tak pasal-pasal yang tak terlibat, turut terlibat jugak...emm...ketika menengur itu, gunalah perkataan sepatutnya..janganalah menceluparkan keadaan...boleh menimbulkan pergaduhan.... Bagi mereka yang berilmu, kemana letaknya akal yang lebih baik untuk berfikir ketika menegur....

Firman AllaLh S.W.T:


Maksudnya:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad),engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (tentang kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang yang bertawakkal kepada-Nya.'
(surah Ali-Imran : 159)


"Apa nie sinis-sinis"...

"Nak tegur, tegur lah secara depan..jangan dok main belakang..."

"Ingat kau bagus sangat ke nak tegur orang"...

"Cerminlah diri tu sikit sebelum tegur orang"...

Inilah antara ayat-ayat yang mungkin terhasil jika kita silap menegur..silap hari bukan, makan penampar nampaknya...tak pasal-pasal bintang merah di pipi...Apa-apa pun, menegur atas kebaikkan menjadikan ukhwah itu kekal di hati, kelemahan itu diperbaiki.....



salam daripada:
cahaya_cerdas_pemberianku



4 comments:

  1. aq jdik wndering sndri spa la org tu?? bkn aq kn(hoho..suka perasantan sendirik)
    tp btul la..menegur seseorg ada cranya..prlu bhemah..sbb itulah kita dsuruh mnuntut ilmu spya bla mna kita menegur perlu dsusuli dgn ilmu pngetahuan..btul kn...
    oh..aq xkn bhenti d cni coz msih mau komen2 d blog ni d msa akn dtg...hehe

    ReplyDelete
  2. wahaha..bcelah betul2....dillaa...ayooo..kamu nie...teguran sahabat tu ku tujukan sahabat kite penyayang tu...cuma silap die....ayokk...x reti nak ckp...terlajak perahu boleh diundur..terlajak kate...amik lah rase tu sendiri..bkn org lain bagi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...